Polis belum ketahui punca letupan

276049
276049
A
A
A

PENDANG - Objek terjatuh dari atas bumbung yang menyebabkan letupan dan kebakaran di bilik sebuah rumah di Kampung Lahar Batu, Rabu lalu belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, pihaknya masih belum mengetahui 'identiti' objek berkenaan.

"Punca letupan dan kebakaran bilik di rumah itu juga masih belum dapat diketahui. Kita masih lagi dalam proses melakukan siasatan.

"Insya-ALLAH keputusan siasatan akan diketahui tidak lama lagi dan kita akan maklumkan kemudian," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang membuatkan bilik rumah mereka hangus.

Aminah Shafie, 74, bersama suaminya Ahmad Abdullah, 83, sedang menonton televisyen ketika menyedari kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam, Rabu lalu.

Aminah berkata, dia masih lagi trauma memikirkan kejadian itu selain runsing memikirkan objek yang datang dari arah atas bumbung itu.

Kejadian itu turut menyebabkan cermin tingkap di bilik itu pecah dan pasangan warga emas terbabit terpaksa menanggung kos kerosakan kira-kira RM500.

ARTIKEL BERKAITAN: Objek misteri meletup selepas terbang masuk bilik tidur

Artikel Berkaitan: