Remaja jana pendapatan RM30, 000 sebulan jual pil kuda

Rafi ketika ditemubual wartawan di Penjara Pengkalan Chepa, semalam.
Rafi ketika ditemubual wartawan di Penjara Pengkalan Chepa, semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan hasil jualan pil kuda.

Rafi, 20, (bukan nama sebenar) berkata, hasil rangkaian pemasaran yang luas dia mampu mencatat jualan RM1,000 sehari, namun ia tidak sedikit pun mampu memancing hati ibu bapanya.

"Memang dapat banyak duit jual pil kuda ni, tapi tak tahan lama sebab saya pun menagih pil kuda ini juga.

"Banyak kali saya cuba kongsi pendapatan dengan ibu dan ayah tapi mereka tolak kerana ia hasil haram," katanya ketika ditemui media pada majlis penutup Hijrah Kasih Siri 8/ 2019 di Penjara Pengkalan Chepa, semalam.

Dalam program tiga hari itu Rafi dinobatkan sebagai peserta terbaik.

Mungkin kerana kecewa, ibu bapanya yang bekerja sebagai pengasuh dan buruh itu tidak pernah sekali pun menjenguk anak ketiga daripada lima beradik ini.

Rafi berkata, ibu bapanya sering menasihatkannya agar berubah namun Rafi berdegil sehinggalah ditangkap ketika berurusan jual beli pil kuda.

"Sampai hari ini mereka tak pernah datang melawat walaupun saya rindu sangat. Kalau dapat jumpa mak ayah sekali pun tak apalah.

Artikel Berkaitan:

"Banyak hikmahnya masuk sini sebab banyak perkara baru saya belajar. Sekarang saya mampu solat lima waktu sehari dan belajar mengaji.

"Saya harap diterima masyarakat dan istiqamah dibimbing ke jalan yang benar selepas keluar nanti," katanya yang mula terlibat dengan dadah sejak usia 16 tahun.