Bayaran premium tanah ambil kira kemampuan rakyat: MB Pahang

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri akan melalui proses kajian dan perbincangan terperinci berhubung ketetapan bayaran premium tanah yang dikenakan dengan mengambil kira kemampuan rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, begitu juga dengan premium dikendalikan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang dibuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum ia dibincangkan serta diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Setiap kenaikan premium yang diputuskan mengambil kira sama ada membebankan atau tidak kepada rakyat. Bayaran premium dikenakan pada 2016 untuk kerajaan memungut hasil selepas mendapati pengecualian premium 2012 tidak mendatangkan hasil kepada kerajaan.

"Jadi, tidak bermakna kadar bayaran premium yang kita sudah putuskan itu telah diperhalusi dan tidak ada maknanya kenaikan dibuat jika rakyat tidak mampu membayarnya. Sebab itu dalam soal tarif air misalnya 33 tahun tiada kenaikan, perkara ini dilakukan kerana kita memikirkan kemampuan rakyat," katanya pada Sidang DUN di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Ah Wong (BN-Cheka) yang ingin mengetahui adakah kerajaan negeri sedia mempertimbangkan jika rakyat mengemukakan rayuan berhubung bayaran premium tanah.

Wan Rosdy berkata, kerajaan belum berhasrat memberikan pengecualian seperti yang dilaksanakan pada 2012 terhadap permohonan lanjut tempoh pajakan tanah di Kampung Baru Cina.

"Pada ketika ini bayaran permohonan lanjut tempoh pajakan tanah Kampung Baru Cina dikenakan sebanyak RM100. Tiada keputusan untuk mengecualikan bayaran itu tetapi kita sedang kaji dan perhalusi. Jika dianggap terlalu rendah kita mungkin menaikkan sedikit dan jika berpatutan kita kekalkan," katanya.

Artikel Berkaitan: