Air warna hijau petanda sungai tenat

Azmi menerangkan cara 'floating wetland' berfungsi kepada tetamu yang hadir bagi menyaksikan projek tersebut.
Azmi menerangkan cara 'floating wetland' berfungsi kepada tetamu yang hadir bagi menyaksikan projek tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keadaan air berwarna hijau yang terdapat di kebanyakan sungai atau tasik petanda kawasan itu sedang tenat.

Pengarah Pusat Perlestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Aris berkata, permukaan air sebenarnya ditutupi alga yang mengancam hidupan lain di dalam sungai atau tasik tersebut.

"Orang nampak tasik atau sungai berwarna hijau ini cantik ada pokok teratai tapi sebenarnya sungai kita menuju ke arah tenat sebab air sungai ini tidak sepatutnya berwarna hijau.

"Air berwarna hijau kerana ada alga atau alga mikro yang sangat halus, nak buang sangat susah.

"Apabila matahari ada, cahaya itu tak sampai ke dasar sebab ditutupi alga ini tadi yang boleh menyebabkan hidupan lain dalam sungai itu mati. Sebab itu kita jalankan projek 'floating wetland' (tanah bencah terapung) ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Projek Riverdale 4.0: Floating Wetland di UTM, hari ini.

Tanah bencah terapung yang merupakan kebun atas air yang merupakan satu teknik pembersihan dan pengekalan kebersihan air untuk kelestarian sungai di UTM.
Tanah bencah terapung yang merupakan kebun atas air yang merupakan satu teknik pembersihan dan pengekalan kebersihan air untuk kelestarian sungai di UTM.

Menurutnya, melalui projek dijalankan itu, tumbuhan yang ditanam secara terapung dapat menyelesaikan masalah alga di dalam sungai atau tasik.

"Kita nak kurangkan kehijauan air sungai dengan tanam pokok tapi kena cari pokok-pokok yang tidak cepat membiak.

Artikel Berkaitan:

"Alga hidup dengan nutrien jadi apabila kita tanam pokok di mana ua menyerap nutrien yang digunakan alga itu sekaligus dapat merawat air sungai.

"Akar-akar pokok ini akan mengurai bakteria-bakteria yang ada dalam sungai ini," katanya.

Katanya, anak sungai dan tasik di UTM bertukar hijau kerana terletak bersebelahan dengan kolam pengoksidaan.

Katanya, projek itu akan dipantau dan diteruskan untuk fasa berikutnya dengan menambah bilangan pokok bagi memastikan sungai-sungai di universiti itu kembali bersih.

Beliau mensasarkan dalam tempoh setahun bagi melihat hasil projek itu.