Pas harap PH realisasi bentang RUU 355 di parlimen

Tuan Ibrahim ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Medan Ilmu Kota Bharu, hari ini.
Tuan Ibrahim ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Medan Ilmu Kota Bharu, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Pas berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya Amanah akan merealisasikan kesungguhan sebelum ini yang mengatakan kerajaan sewajarnya membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau RUU 355 di parlimen.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas dan Umno sudah pasti komited memberi sokongan.

Katanya, jika akta lain kerajaan boleh bentangkan apatah lagi RUU 355 yang amat perlu untuk membetulkan undang-undang di mahkamah syariah.

“Harapan kita agar kerajaan boleh bentangkan akta ini. Akta lain pun mereka boleh bawa takkan akta penting ini tak boleh.

“Kita alu-alukan usaha naik taraf mahkamah dan latihan kehakiman, tetapi itu semua UMNO pun dan buat sebelum ini. Apa yang kita nak ialah betulkan undang-undang di mahkamah yang tak betul sejak 60 tahun lalu,” katanya kepada media selepas kuliah Jumaat di Medan Ilmu Kota Bharu hari ini.

Artikel Berkaitan: