Naib Presiden Pas tegur sikap pemimpin tertinggi Amanah

Mohd Amar ketika berucap pada Mesyuarat Agong Pas Tahunan Kawasan Tanah Merah, kali ke-58 malam tadi.
Mohd Amar ketika berucap pada Mesyuarat Agong Pas Tahunan Kawasan Tanah Merah, kali ke-58 malam tadi.
A
A
A

TANAH MERAH - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menegur sikap pemimpin tertinggi Amanah sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam walaupun berjawatan tinggi dalam kerajaan.

Beliau turut menjelaskan mengenai keputusan Pas yang tidak pernah menyesal dengan keputusan tidak bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Pas boleh saja duduk dengan PH dan boleh jadi kerajaan hari ini, dan kini beliau mungkin sudah menjadi menteri namun prinsip Islam lebih utama.

"Kalau nak banding dengan seorang dua dalam kabinet, rasanya cerdik ambo (saya). Ambo rasa cerdik ambo.

"Selepas PRU14 wartawan tanya presiden, Haji Hadi tak menyesal ke tidak bersama PH? Beliau jawab mudah. Sikit pun tak menyesal. Tiada kesalan walaupun kita tak dapat apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agong ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, malam tadi.

Mohd Amar berkata, matlamat Pas adalah Islam dan jika duduk di Putrajaya tetapi tidak boleh bercakap bab Islam tidak ada gunanya.

"Kalau sekalipun dijaga (kawal) bukan main dengan kereta kebal, askar tapi nak jaga Islam tak boleh.

Artikel Berkaitan:

"Itu benda penting untuk kita ingat, jadi bagi kita kepentingan Islam lebih utama. Saya sengaja sebut perkara ini nak bagi kita faham tentang perjuangan Pas," katanya.