Fouziah Gous lancar mesin minuman kesihatan pertama di Malaysia

Fouziah Gous bersama suaminya, Datuk Zhafran Yusof.
Fouziah Gous bersama suaminya, Datuk Zhafran Yusof.
A
A
A

PELAKON, pengacara dan pengasas minuman kesihatan FG Walet, Datin Fouziah Gous melancarkan mesin minuman kesihatan pertama di Malaysia bertempat di Matrade, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Fouziah, buat pertama kalinya minuman sarang burung FG Walet yang kaya dengan khasiat itu boleh didapati dengan mudah, 24 jam sehari, bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Produk ini disimpan sejuk supaya pengguna boleh menikmati minuman sihat ini yang menyegarkan pada bila-bila masa diperlukan.

No Image Caption

“Mesin minuman ini dilengkapi dengan paparan LCD yang unik memberi maklumat mengenai produk dan manfaat kesihatan mengenai minuman sarang burung FG Walet.

“Ia juga mempunyai teknologi terkini untuk pembayaran tanpa tunai seperti Pay Wave dengan kad kredit dan kad debit dari mana-mana bank,” ujarnya.

Tambah Fouziah, mesin minuman sarang burung FG Walet ini boleh didapati di kawasan tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, stesen kereta api, stesen bas, perhentian R&R dan lapangan terbang.

Artikel Berkaitan: