Peserta protes di London rancang himpunan di lapangan terbang

Penunjuk perasaan yang menyertai protes perubahan iklim di London ditahan oleh pihak berkuasa. - Foto AFP
Penunjuk perasaan yang menyertai protes perubahan iklim di London ditahan oleh pihak berkuasa. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Penunjuk perasaan protes perubahan iklim di London merancang mengadakan himpunan besar-besaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow bertujuan mengganggu kelancaran fasiliti berkenaan.

Kumpulan aktivis alam sekitar Extinction Rebellion yang mengetuai protes berkata, penunjuk perasaan akan bergerak menuju ke lapangan terbang terbabit hari ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.

Protes yang telah berlanjutan selama empat hari itu menyaksikan hampir 500 orang ditahan Perkhidmatan Polis Metropolitan (Met) kerana pelbagai kesalahan termasuk mengganggu ketenteraman awam.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow adalah sebahagian daripada infrastruktur negara dan kami tidak akan membenarkan para penunjuk perasaan mengganggu urusan ribuan pengguna lapangan terbang terbabit," kata Met.

Penunjuk perasaan yang menyertai protes perubahan iklim di London ditahan oleh pihak berkuasa. - Foto AFP
Penunjuk perasaan yang menyertai protes perubahan iklim di London ditahan oleh pihak berkuasa. - Foto AFP

Dalam pada itu, kerajaan menyokong segala tindakan polis bagi menangani protes yang telah melumpuhkan sebahagian daripada bandar London dan menjejaskan rutin harian penduduk.

Penganjur protes memberi amaran kekacauan akan berterusan sehingga kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan untuk melaksanakan tindakan lebih progresif dalam membendung perubahan iklim.

Artikel Berkaitan:

Secara spesifik, penunjuk perasaan mahu undang-undang bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kepada sifar peratus menjelang tahun 2025. - Agensi