SMK Sultan Sulaiman buktikan kehebatan

Para peserta bergambar bersama wakil UNITAR.
Para peserta bergambar bersama wakil UNITAR.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu muncul juara dalam pertandingan ‘UNITAR Imagine #URFuture Poster Design Competition 2019’ yang berlangsung di kampus UNITAR International University (UNITAR) di sini, semalam.

Selain membawa pulang wang tunai RM1,000 dan hamper, kejayaan itu membolehkan wakil sekolah berkenaan mewakili Terengganu ke pertandingan sama di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 27 April ini di Kelana Jaya, Selangor.

Tempat kedua dimenangi oleh SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM750 berserta hamper manakala tempat ketiga dimenangi SMK Padang Midin, Kuala Terengganu yang membawa pulang hamper dan wang tunai RM500.

Ketua Pusat Wilayah, UNITAR Wilayah Kuala Terengganu, Rohana Mamat @ Yusoff berkata, sebanyak 18 buah sekolah dari Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus menyertai pertandingan itu.

“Seramai 85 peserta, dengan setiap pasukan mengandungi antara 2 hingga 4 orang menjayakan program ini. Sebenarnya, program anjuran UNITAR ini bagi mencungkil bakat-bakat dan idea daripada pelajar, berkenaan dengan masa depan mereka.

Rohana (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta dari SMK Sultan Sulaiman.
Rohana (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta dari SMK Sultan Sulaiman.

“Temanya adalah Image #URFuture dan mereka diberi masa tiga jam untuk melukis poster, lima minit pembentangan. Pemenang dipilih daripada pelbagai sudut, antaranya kreativiti, kemahiran pembentangan, kerjasama berpasukan, faktor wow dan idea asal,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, takrifan tema yang diberikan juga luas kerana mereka ingin melihat sendiri apa yang bermain di minda pelajar, mungkin berkaitan pelajaran, karier, masa depan negara, masa depan keluarga, mengikut apa yang mereka bayangkan.

Artikel Berkaitan:

“Kita nak cungkil kehendak dan impian mereka. Daripada situ, boleh nampak banyak idea-idea yang mungkin tak berapa logik, tapi sebenarnya kita boleh buat sesuatu yang baharu untuk ubah suai idea itu kepada yang lebih praktikal,” katanya.