UiTM Pulau Pinang terima ambulans baharu

Dr Zaiton menyerahkan replika kunci kepada Dr Mohd Hisbany disaksikan oleh Salleuddin dalam majlis yang diadakan di Hotel UiTM semalam.
Dr Zaiton menyerahkan replika kunci kepada Dr Mohd Hisbany disaksikan oleh Salleuddin dalam majlis yang diadakan di Hotel UiTM semalam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang menerima sebuah ambulans dari Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam sebagai tambahan yang sedia ada.

Pengarah Pusat Kesihatan UiTM, Dr Zaiton Nasir berkata, adalah menjadi tanggungjawab Pusat Kesihatan UiTM memastikan kemudahan dan kelengkapan kesihatan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia serta mencukupi untuk digunakan oleh warga kampus di dalam kecemasan.

Menurutnya, ambulans ini dilengkapi dengan unit oksigen, mesin AED, set mudah alih pemeriksaan tekanan darah dan mesin penyedut serta beg kecemasan yang kesemuanya bernilai RM273, 288.

Sementara itu, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Dr Mohd Hisbany Mohd Hashim berkata, ambulans ini sangat diperlukan memandangkan penambahan serta bilangan pelajar semasa adalah tinggi di kampus Permatang Pauh dan Bertam.

Beliau berkata, dengan penambahan ini ianya dapat menambah kecekapan penggunaan ambulan di dalam kampus ketika kecemasan.

Majlis penyerahan ambulans ini disempurnakan di Hotel UiTM Cawangan Pulau Pinang sambil disaksikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Artikel Berkaitan: