Lynas nafi dakwaan ADUN Semambu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) menafikan kenyataan ADUN Semambu, Lee Chean Chung yang mendakwa kilang nadir buminya melanggar undang-undang apabila ia menyimpan bahan sisa berjadual dalam jumlah yang besar, atau Neutralisation Underflow Residue (NUF).

Pengarah Urusan dan Naib Presidennya, Mashal Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan itu tidak benar, dan ia bukannya perkara baru.

"Pengurusan sisa adalah perkara utama diberi tumpuan Jawatankuasa semakan kerajaan PH, yang mendapati Lynas mematuhi peraturan yang berkaitan dan kemudahan penyimpanan kami beroperasi dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam beberapa media melaporkan Chean Chung mendakwa kilang nadir bumi Lynas dilihat melanggar undang-undang dengan menyimpan sisa berjadual dalam jumlah yang besar bagi tempoh yang lama.

Chean Chung mendakwa sehingga Disember 2018, Lynas mengumpulkan 1.13 juta ton sisa NUF dalam enam tahun operasinya di Gebeng, Kuantan, ditempatkan di tepi kilangnya.

Mashal menambah penemuan jawatankuasa itu didapati konsisten dengan semakan beberapa pandangan saintifik dan bebas, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. “Lebih tepat lagi, Peraturan 9 (6) Penyimpanan Sisa Berjadual Bekalan Air Terawat, Kualiti Alam Sekitar (Sisa Berjagual), Peraturan 2005 menetapkan bahawa penjana sisa boleh memohon kepada Ketua pengarah (Jabatan Alam Sekitar) secara bertulis bagi menyimpan lebih daripada 20 MT Sisa Berjadual,” katanya.

Sebagai sisa berjadual di bawah peraturan Malaysia, Mashal berkara ia diselia oleh Jabatan Alam Sekitar, yang dari semasa ke semasa memberi kebenaran kepada penyimpanan NUF di tapak dan pada masa yang sama membenarkan Lynas meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berhubung penggunaan semula NUF.

“R&D Lynas menunjukkan bahawa NUF mempunyai beberapa kegunaan komersil, termasuk dalam industri pembinaan dan pertanian. - Bernama

Artikel Berkaitan: