'Bila penat sangat, saya menangis...'

Ayda Jebat
Ayda Jebat
A
A
A

KESIBUKAN dengan rutin harian yang padat kadangkala amat meletihkan.

Lebih-lebih lagi apabila bergelar selebriti kerana banyak perkara yang perlu dilakukan, di samping perlu memuaskan hati banyak pihak.

Begitulah yang dirasai dan dilalui oleh selebriti serba boleh, Ayda Jebat.

Namun di sebalik senyuman dan gelak tawa yang sering dilihat itu, Ayda, 27, tidak terlepas dari melalui fasa tekanan.

Akuinya, jika tertekan atau terlalu penat, dia memilih untuk melepaskan segalanya dengan menangis di bawah pancuran air di dalam bilik mandi.

No Image Caption

"Saya tak nafikan, ada ketikanya saya lalui fasa tekanan di mana saya menangis semahunya kerana saya rasa penat dengan apa yang saya lalui.

"Ada ketikanya saya akan berkongsi dengan orang yang saya rapat dan mereka tidak lokek untuk meminjamkan bahu agar saya dapat melepaskan tekanan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun saya anggap menangis itu juga sebagai satu terapi yang baik dan bila rasa puas menangis, saya akan rasa lebih baik dan boleh lalui hari esok seperti biasa," katanya ketika ditemui pada sidang media Rexona #AFreshStart di Petaling Jaya, baru-baru ini.