Kadar fi rekalibrasi kekal RM1,500

Saifuddin Nasution. - Foto Bernama
Saifuddin Nasution. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Fi rekalibrasi tenaga kerja bagi pekerja asing tanpa izin kekal pada kadar RM1,500.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan bayaran tersebut.

"Sumber tenaga sudah ada di dalam negara dan majikan tidak perlu ambil dari luar yang mana ia jauh lebih mudah dan murah," katanya menerusi sidang akhbar selepas majlis Amanat Tahun Baharu di sini pada Jumaat.

Menurutnya, program rekalibrasi itu menyumbang RM700 juta hasil kepada kerajaan.

"Pada masa sama, majikan dapat memenuhi keperluan mereka," katanya.

Ditanya mengenai data bilangan permohonan yang telah diluluskan kementerian, Saifuddin berkata ia akan dikemukakan kepada kabinet setiap dua minggu.

Rabu lalu, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mengkaji bayaran tersebut kepada majikan yang ingin menggaji pekerja asing di bawah program rekalibrasi.