Video klip tak ada kaitan kisah sendiri

Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi
A
A
A

PENYANYI Sufian Suhaimi menafikan babak menaiki helikopter dalam muzik video single terbaharu, Mencuba mempunyai kaitan dengan bekas tunangnya, Elfira Loy.

Katanya, idea dan konsep penghasilan muzik video terbabit tidak mempunyai kaitan dengan sesiapa.

“Dalam muzik video tu ada beberapa babak yang saya rasa pernah dilakukan dalam kehidupan sebenar saya dan orang melihat ia seperti seolah-olah saya masih terikat dengan cerita lama, tapi tak sebenarnya.

“Lagu itu adalah satu cerita dan dalam muzik video itu saya cuba menceritakan dari awal hingga akhir. Babak helikopter itu perkara ‘last minute’ yang dirancang dan saya rasa ia menarik penonton untuk fahamkan lagu itu,” katanya ketika ditemui pada program Hari Kesedaran Kerjaya dan Keusahawanan bersama Protégé, di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, hari ini.

Sufian, 27 turut merungkai tanda tanya netizen yang kembali rancak selepas muzik video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu didakwa seolah-olah sengaja membuka kembali kisah cintanya yang tidak kesampaian sebelum ini.

Kebanyakannya menyifatkan Sufian masih belum boleh melupakan kisah sedihnya dengan menampilkan babah helikopter yang mempunyai ‘cerita’ tersendiri buat penyanyi itu.

“Kalau tanya saya dah ‘move on’ ke tak, sebenarnya saya dah lama dah ‘move on’ dan saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang.

“Lagu Mencuba itu ialah satu cerita dan saya cuba sampaikan cerita itu menerusi lagu dan video,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, spekulasi status pertunangan Sufian dan pelakon, Elfira Loy pernah menggemparkan media hiburan tempatan.