Facebook haramkan kumpulan berhaluan kanan di UK

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Facebook hari ini bertindak mengharamkan beberapa kumpulan berhaluan kanan di United Kingdom (UK), termasuk English Defence League daripada rangkaiannya kerana mempromosikan kebencian dan keganasan.

Kumpulan lain yang diharamkan di Facebook atau Instagram adalah Knight Templar Inernational, Britain First, the British National Party (BNP) dan the National Front.

"Individu atau kumpulan yang menyebarkan kebencian dan keganasan tiada tempat di Facebook," kata jurucakap Facebook.

Tambah kenyataan itu: "Kami mengharamkan mereka yang mengisytiharkan misi ganas atau penuh kebencian. Kenyataan dan kandungan lain yang memuji atau menyokong tokoh serta pemimpin kumpulan ini juga akan diharamkan.

Difahamkan, bekas pemimpin BNP, Nick Griffin dan ketua Britain First, Paul Golding serta Jayda Fransen juga telah diharamkan di Facebook. - AFP

Artikel Berkaitan: