Penyelam hero 12 kanak-kanak Thailand, sesat di gua

Bratchley (gambar kecil) dilaporkan hilang dalam sebuah gua di Tennessee.
Bratchley (gambar kecil) dilaporkan hilang dalam sebuah gua di Tennessee.
A
A
A

TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berusaha menjejaki seorang penyelam warga Britain yang pernah menjadi hero kepada 12 kanak-kanak tersesat dalam sebuah gua di Thailand pada 23 Jun lalu.

Josh Bratchley antara individu yang terlibat dalam misi pencarian 12 pemain bola sepak dan jurulatih di gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai Thailand.

12 kanak-kanak dan jurulatih pernah mengemparkan dunia terperangkap di gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai Thailand.
12 kanak-kanak dan jurulatih pernah mengemparkan dunia terperangkap di gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai Thailand.

Memetik Mirror, Bratchley kini dilaporkan hilang dalam sebuah gua di Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

Panggilan kecemasan diterima jam 1.17 pagi semalam melaporkan seorang lelaki yang menyelam di sebuah gua tiba-tiba gagal dikesan.

Difahamkan, Bratchley tidak pulang selepas memasuki gua tersebut.

Pasukan SAR dikejarkan ke lokasi kejadian dengan penyelam berpengalaman turut menyertai misi pencarian tersebut yang dilakukan sejak awal pagi Rabu.

Naib Presiden Majlis Penyelamatan Gua British, Bill Whitehouse berkata, seorang penyelam Britain hilang selepas menyelam di sebuah gua di Tennessee dikenali Gua Mill Pond, Flynn Creek di Gainsboro.

Artikel Berkaitan:

"Dia pergi menyelam pada Selasa, saya difahamkan dia mahu ganti penanda arah di kawasan ditenggelami air dalam gua tersebut.

"Beberapa penyelam lain pergi mencarinya tetapi gagal kerana keadaan gua dipenuhi air. Apabila usaha mencari buntu, mereka keluar dari gua tersebut memaklumkan mengenai kehilangan Bratchley," katanya.

Sehingga kini, pihak berkuasa memberitahu mereka belum mengesan lokasi Bratchley.

Difahamkan, Bratchley sering menyelam beberapa kali di dalam gua itu.