Kesal papan tanda tulisan Cina

Iqbak Khalid memuat naik status mengenai pemasangan papan tanda tulisan Cina di Facebooknya.
Iqbak Khalid memuat naik status mengenai pemasangan papan tanda tulisan Cina di Facebooknya.
A
A
A
SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) diminta lebih sensitif mengenai papan tanda jalan baharu tulisan Cina yang dipasang di Bagan Sekinchan.

Seorang pengendali Facebook, Iqbal Khalid memuat naik status itu kesal dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang seolah-olah mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin

Idris Shah, pada 19 November tahun lalu.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin sebelum ini menitahkan semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di daerah ini ditanggalkan dan diganti serta merta selewat-lewatnya 11 Disember tahun sama.

"Titah Baginda nak langgar (ingkar) juga ke?," katanya.

Sehingga jam, 3 petang semalam, status itu menerima sebanyak 102 tanda pelbagai reaksi, 17 komen dan 76 perkongsian.

Iqbal berkata, MDSB sepatutnya mengekalkan sahaja papan tanda tulisan Jawi.

"Utamakanlah bahasa kebangsaan kita dan janganlah bertindak melulu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Desak papan tanda tulisan Cina diturunkan
Artikel Berkaitan:


Difahamkan, jalan di Sekinchan sebelum ini ditulis dengan bahasa Melayu dan Jawi.

Bagaimanapun, papan tanda itu dipercayai masih dikekalkan, namun terdapat papan tanda baharu tulisan Cina serta mengekalkan bahasa Melayu di jalan terbabit.

Sementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, papan tanda bertulisan Melayu dan Cina dipasang bagi memudahkan pelancong asing ke Sekinchan.

Katanya, hampir 30 ke 40 peratus pelancong dari negara China, Hong Kong dan Singapura melawat ke Sekinchan.

"Sekinchan menjadi tumpuan pelancong sejak 2008 lagi dan ini dapat memudahkan pelancong singgah Sekinchan," katanya.

Sementara itu, MDSB dijangka membuat kenyataan media berhubung perkara itu dalam waktu terdekat.