Lelaki nyaris maut kereta dihempap pokok

Mangsa berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam kereta jenis Perodua Kancil petang tadi. -FOTO JBPM
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian petang tadi di Taman Sungai Lalang.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Shukri Ahmad berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 4.15 petang dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima anggota.

Menurutnya, ketika sampai ke lokasi pihaknya mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Perodua Kancil di mana mangsa terperangkap di dalam.

"Kejadian juga menyebabkan kesesakan sehingga menghalang lalu lintas.

"Tindakan seterusnya dilakukan dengan memotong pokok menggunakan gergaji berantai untuk menyelamatkan mangsa," katanya.

Beliau menjelaskan, mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dan dipercayai mengalami kecederaan ringan.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut," katanya.