Armada Bersatu Perak lapor polis berkaitan rakaman video

Azrul Hakkim menunjukkan laporan polis yang dibuat bersama-sama ahli Armada Bersatu Perak di hadapan IPD Ipoh, hari ini.
Azrul Hakkim menunjukkan laporan polis yang dibuat bersama-sama ahli Armada Bersatu Perak di hadapan IPD Ipoh, hari ini.
A
A
A

IPOH - Armada Bersatu Perak meminta pihak berkuasa menyiasat perbuatan individu di dalam rakaman audio yang tular yang disifatkan mengancam kestabilan kerajaan negeri.

Timbalan Ketuanya, Azrul Hakkim Azhar berkata, jika benar tindakan itu dilakukan oleh Exco Kerajaan Perak, ia adalah tindakan tikam belakang terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan kerajaan negeri keseluruhannya.

Beliau berkata, perbuatan individu itu serius dan melampau serta perlu diambil tindakan tegas.

"Kami juga mendesak ADUN UMNO beritahu sejelas-jelasnya siapa Exco yang dimaksudkan itu? Cerita sebenarnya siapa deme (mereka) ini. Jangan cakap perli dalam Sidang DUN kalau betul berlaku, cerita sebenarnya. Isu ini tak habis-habis.

"Parti yang diwakili Exco tersebut nasihatlah dan ambil tindakan. Apa yang dia tak puas hati? Buat apa duduk dalam Exco kalau tak sokong dasar-dasar kerajaan?," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini, hari ini.

Dalam rakaman audio berdurasi 4 minit 22 saat itu, individu yang dikatakan Exco Kerajaan Perak itu meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan cara Ahmad Faizal mentadbir Kerajaan Perak selepas PRU14 lalu.

Berdasarkan rakaman tersebut, individu itu juga mendedahkan beberapa perangai Ahmad Faizal yang tidak disenanginya selain ada pihak mahu Ahmad Faizal dijatuhkan dan ditukarkan dengan menteri besar baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polemik isu kedudukan MB untuk rosak hubungan baik

Artikel Berkaitan: