Operasi anti rabies: Anjing liar yang ditemui akan dilupuskan

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Mana-mana anjing liar atau anjing bebas berkeliaran yang ditemui akan dilupuskan semasa Operasi Anti Rabies dijalankan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata tiada pengecualian dalam usaha untuk membasmi penyakit yang berbahaya itu.

Usaha itu tertumpu bagi membendung penularan rabies, bukan terhadap haiwan peliharaan. Kita perlu melupuskan anjing-anjing liar selain memastikan lebih banyak anjing peliharaan diberi suntikan vaksin.

“Semasa operasi, anjing-anjing yang berada dalam kawasan rumah pemiliknya tidak terjejas,” kata beliau.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata demikian susulan dakwaan bahawa beberapa pasukan operasi telah memasuki rumah untuk memberi suntikan tranqulizer.

"Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah anjing-anjing itu diberi suntikan tranqulizer di tepi jalanan.

Beliau berkata, dalam operasi di Kuching, anggota pasukan perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik rumah untuk menangkap anjing-anjing liar yang lari memasuki perkarangan rumah.

Operasi seterusnya akan dijalankan di daerah Kuching dari 22 April hingga 2 Mei.- Bernama

Artikel Berkaitan: