Usaha Pas dekati orang muda

Hashim (duduk tengah) bergambar kenangan bersama pemuda Pas Padang Terap selepas menerima borang kemasukan ahli baharu di Surau Nurul Huda Kampung Bendang Tok Teri, Naka.
Hashim (duduk tengah) bergambar kenangan bersama pemuda Pas Padang Terap selepas menerima borang kemasukan ahli baharu di Surau Nurul Huda Kampung Bendang Tok Teri, Naka.
A
A
A

KUALA NERANG - Sebanyak 240 borang kemasukan ahli baharu Pas diserahkan kepada Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin di Surau Nurul Huda Kampung Bendang Tok Teri, Naka, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Pemuda Pas Padang Terap, Nurul Amin Hamid berkata, kempen daftar ahli Pas yang digerakkan oleh pihaknya sempena kunjungan Hashim ke daerah itu mendapat sambutan hangat terutama dari kalangan anak-anak muda.

Menurutnya, fenomena kemasukan ramai orang ke dalam parti tersebut menafikan pandangan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu sebelum ini bahawa 800 ribu ahli Pas akan buat peralihan parti.

"Dewan Pemuda Pas Padang Terap mengambil peluang melalui kedatangan Tuan Guru ke Naka dan dengan gelombang penyatuan umat Islam yang menjadi topik hangat bualan masyarakat, kami menggerakkan usaha singkat penambahan ahli baharu Pas.

"Tidak sangka, sebanyak 240 borang kemasukan ahli baharu berjaya diserahkan selepas dikumpul dalam tempoh seminggu," katanya.

Hashim dalam amanatnya berkata, ahli parti tersebut perlu menjadi seperti singa yang berani dan rajin bekerja, jangan jadi seperti musang tua yang hanya menunggu rezeki tiba.

Sebelum itu, Mursyidul Am Pas itu disambut ARC Padang Terap yang berkonvoi mengiringinya dari Pokok Sena ke Naka dalam keadaan hujan yang lebat.

Artikel Berkaitan: