Rasuah: Dua penjawat awam direman tujuh hari

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Dua kakitangan jabatan kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes menerima suapan RM1,000 dan RM2,000 daripada sebuah syarikat bagi membekalkan alat tulis di jabatan masing-masing pada tahun lepas.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Khairul Nizam Abu Bakar.

Kedua-dua lelaki berumur 33 dan 38 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di sini, kira-kira 10 malam tadi.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: