Saya perlukan duit: Noryn Aziz

Noryn Aziz
Noryn Aziz
A
A
A

PENYANYI jazz, Noryn Aziz, mengakui dalam menghasilkan lagu mahupun muzik video ia memerlukan kos yang besar.

Noryn mengulas mengenai perancangan untuk menghasilkan single terbaharunya bersama komposer Ajai.

"Saya sudah cari dan jumpa tapi tak boleh buat keputusan lagi.

"Biarpun banyak platform media sosial, dan pada masa sama kena buat muzik video, tapi itulah hakikatnya, saya perlukan duit untuk merealisasikan hasrat saya.

"Sebab saya tak bernaung di bawah syarikat mana-mana. Jadi, lambat jugalah kalau nak saya keluarkan single seterusnya. Tetapi saya gigih dengan memenuhi undangan majlis korporat," ujarnya rezeki bertambah murah sampai bulan puasa depan.

Noryn ditemui pada majlis pelancaran aplikasi web Salam Today di Empire Hotel, Subang Jaya, Selangor.

Dalam perkembangan lain, Noryn atau nama lengkapnya Norazmahwati Abdul Aziz, 42, baru sahaja muncul sebagai artis penampilan istimewa menerusi lagu terbaharu Waris, berjudul, Pulang Merantau.

Artikel Berkaitan:

Noryn Aziz
Noryn Aziz

"Dari respon pendengar tak sangka pula mereka dapat rasakan lagu tu lebih kepada vibes balik hari raya.

"Sebenarnya tak kisah, lagi pun lagu itu genre raya dan ada elemen minang. Sebab itu saya bersetuju tambah pula ada muzik video," jelasnya.

Tambah Noryn juga, dia mengakui penerimaan kolaboratif bersama Waris dianggap dapat membuka lagi peluang baharu di lapangan seni suara ini.

"Sebelum ini saya dalam pasaran jazz sahaja. Itu pun orang keliru ingat saya penyanyi ataupun model.

"Walaupuh selepas Gegar Vaganza orang makin kenal tapi mereka masih ingat saya penyanyi jazz.

"Tapi kalau boleh saya nak ketengehakan lagu untuk yang macam di pasaran hari ini," kata Juara GV5.

Ditanya lebih lanjut bagaimanakah Noryn melihat perjalanan selepas GV, katanya ia memerlukan kerja keras.

"Samar kesamaran itu tidak, setidaknya 50 peratus ke 70 peratus kena usaha keras.

"Saya mungkin tidak bertuah seperti orang lain, tapi saya kena paksa diri untuk kerja dengan lebih gigih," jelasnya kini semakin diterima.