Tun M terima kunjungan hormat MB Johor

Foto Rasmi Chedet
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Johor yang baharu, Dr Sahruddin Jamal di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Pertemuan tersebut kali pertama diadakan sejak Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada Ahad lalu.

Gambar pertemuan itu dimuat naik dalam twitter rasmi Dr Mahathir.

Sahruddin yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lepas.

Menteri Besar itu kemudian melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kementeriannya di sini, dan dalam pertemuan kira-kira sejam itu, mereka antara lain membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan ekonomi di Johor. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia