'Tarif air masih runding'

Norol Azali menjelaskan tarif air kali terakhir dinaikkan pada 1983 pada sidang DUN, semalam.
Norol Azali menjelaskan tarif air kali terakhir dinaikkan pada 1983 pada sidang DUN, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri masih berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memutuskan langkah untuk meningkatkan taraf air.

Exco Kemudahan Asas, Sistem Penyampian Awam dan Inovasi, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata, perkara tersebut masih diteliti dan kerajaan mahu memastikan rakyat dan pengguna industri dapat membayar perkhidmatan bekalan air bersih yang diberikan dalam kadar yang mereka mampu.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan mencadangkan agar menaikan tarif air kerana kali terakhir berbuat demikian pada Januari 1983.

“Pahang antara negeri yang sudah lama tidak menaikan tarif air. Tiada siapa yang mahu tarif semakin tinggi dan kerajaan sedang berbincang mengenai perkara itu.

“Jika boleh kerajaan negeri ingin menyediakan perkhdimatan air secara percuma kepada rakyat. Tapi dalam masa yang sama kita faham keadaan memerlukan kenaikan tarif air ini,” katanya menjawab soalan tambahan Young Syefura Otman (DAP-Ketari).

Mengulas lanjut, Norol Azali berkata, kaedah penetapan tarif air sangat teknikal dan ia melibatkan satu kaedah penetapan tarif yang optimum untuk memastikan perkhidmatan air bertambah baik.

Jelasnya, dalam hal ini pelbagai aspek perlu diambil kira dalam memastikan keupayaan syarikat Pengurusan Air Pahang (PAIP) dapat menguruskan operasi dalam jangka masa pendek dan panjang.

Norol Azali menjelaskan, pada pertengahan 2006, Parlimen Malaysia meluluskan dua undang-undang yang menggubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan air iaitu akta 655.

Artikel Berkaitan:

Katanya, salah satu cadangan tawaran skim Penstrukturan Semua Industri Air Perkhdimatan Bekalan Air daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri ini.

“Penstrukturan itu ialah untuk menaikkan tarif air pada tempoh serta kekerapan yang diputuskan oleh SPAN melalui Tarif Setting Mechanism (TSM) yang dibangunkan oleh SPAN.

“Sementara itu, TSM ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan tarif air di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, menerusi proses penyelarasan ini operator air di seluruh negara dapat menjana pendapatan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan operasi.

Jelasnya, ini juga dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna.