Ditahan ketika leka bungkus ketum

Pihak polis sedang memeriksa bungkusan daun ketum yang dirampas.
Pihak polis sedang memeriksa bungkusan daun ketum yang dirampas.
A
A
A

PENDANG - Seorang lelaki ditahan polis ketika sedang leka mengisi daun ketum dalam bungkusan plastik hitam di kuarters guru Felda Sungai Tiang, di Pendang, semalam.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang yang diketuai Asisten Superintendan Muhammad Amin Mat Yassin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, lelaki itu ditahan pada jam 4.30 pagi.

Arriz berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan, pihaknya merampas sejumlah bungkusan plastik lut sinar berisi daun ketum dalam 26 plastik berwarna hitam dan sebuah unit alat penimbang.

“Jumlah berat kasar daun ketum yang dirampas adalah 270 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM8,100," katanya.

Menurut Arriz, bekalan ketum berkenaan dipercayai untuk diedar di pasaran tempatan sekitar daerah ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan mendapati dia positif dadah jenis methamphethamine.

“Dia dipercayai menjalankan kegiatan menjual daun ketum itu untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3)Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.