'Bermadu adalah rezeki'

Memori... Nurulhidayah, Saiful Nizam (tengah) dan Allahyarham Bahazanariah.
Memori... Nurulhidayah, Saiful Nizam (tengah) dan Allahyarham Bahazanariah.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak pernah timbul perasaan cemburu terhadap isteri pertama malah menganggap ia adalah salah satu rezeki dalam menjalani hidup bermadu.

Menurut Datuk Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kehidupan beliau dan isteri pertama suaminya, Allahyarham Datin Bahazanariah Baharudin sangat harmoni dan tidak pernah ada syak wasangka.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Manara Rezeki Sdn Bhd itu, berpendapat ia merupakan rezeki yang diberikan oleh ALLAH SWT dan tidak semua orang merasa ‘manisnya’ bermadu.

“Persefahaman bersama memang tidak ada nak cemburu. Bila nak ambil gambar, dia nak peluk suami dia ke, suami nak peluk dia ke, saya nak peluk suami tidak ada (perasaan cemburu), alhamdulillah.

“Saya rasa itu rezeki. Tak semua orang rasa perkara ini. Itu yang manisnya,” katanya ketika menjadi panel dalam Program Borak Bibir Merah bertajuk ‘Manisnya Hidup Bermadu...’ yang disiarkan di semua platform Sinarplus pada Jumaat.

Turut menjadi panel ialah Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali dan ia dikendalikan oleh Fiza Saad.

Nurulhidayah (tengah) ketika ketika menjadi panelis dalam Program Borak Bibir Merah bertajuk ‘Manisnya Hidup Bermadu...’ yang disiarkan di semua platform Sinarplus pada Jumaat.
Nurulhidayah (tengah) ketika ketika menjadi panelis dalam Program Borak Bibir Merah bertajuk ‘Manisnya Hidup Bermadu...’ yang disiarkan di semua platform Sinarplus pada Jumaat.

Bagaimanapun, Bahazanariah meninggal dunia pada awal November 2020, selepas bertarung nyawa melawan kanser payudara tahap empat.

Jelas Nurulhidayah, perkara pahit baginya adalah sewaktu melihat Bahazanariah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zana itu menahan kesakitan yang dialaminya.

“Saya jaga masa dia tengah kanser. Kami bersama-sama dalam wad dan tidur dalam satu wad.

“Saya dan suami menjaga sehingga saat-saat akhir dia nak pergi. Itu yang pahitnya kalau orang tanya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sepanjang hidup bermadu, tidak ada rasa cemburu'

Sementara itu, Nurulhidayah menceritakan pada asalnya beliau tidak menjangka akan berkahwin dengan suami orang.

Jelas Nurulhidayah, sewaktu suaminya iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff menyatakan hasrat untuk mengahwininya, beliau meminta agar isteri pertama, berjumpanya terlebih dahulu.

Selepas pertemuan itu, Bahazanariah meminta beliau menjadi isteri kedua kepada Saiful Nizam.

“Ketika itu, saya tengok Kak Zana ini sebagai isteri yang Alhamdulillah, bertudung sempurna dan cakap pun lembut. Kalau dia jenis isteri pertama yang huru-hara, saya tak akan (berkahwin),” kata Nurulhidayah sambil tersenyum mengenang kembali peristiwa tersebut.

Bukan komplot tetapi tunai tanggungjawab

Sementara itu, perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali menolak pandangan sesetengah pihak bahawa ayah atau wakil kepada bakal isteri kedua yang menjadi wali dalam pernikahan di luar negara sebagai satu komplot.

Menurutnya, tindakan si ayah yang mengikuti anaknya untuk bernikah di negara luar itu, menunjukkan beliau seorang yang bertanggungjawab.

“Nak dikatakan komplot, untuk saya tak setuju. Kenapa? Sebagai ayah, tindakan dia mengikut (bersetuju) anak itu untuk berkahwin walaupun di negara luar menunjukkannya seorang ayah yang bertanggungjawab,” katanya.

Tegas Suzana, sekiranya seseorang ayah itu tidak mengikuti kemahuan anaknya, dikhuatiri kebarangkalian yang berlaku selepas itu menjadi beban padanya.

“Ambil contoh sekiranya dia tidak ikut, anaknya nanti pergi ke mana, apa suami dia nanti buat, (dikhuatiri) nanti apabila si anak itu balik akan menjadi beban. Tetapi sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab atau sesiapa yang mengikuti, ia untuk menjaga kebajikan wanita yang akan berkahwin itu.

“Ikut hukum syariat (pernikahan) sudah berlaku dengan baik,” jelas sebagai merujuk kepada satu kes membabitkan satu pasangan artis baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak setuju bapa jadi wali di luar negara dilabel komplot