Ziana Zain kerja keras demi anak-anak

Penyanyi, Ziana Zain
A
A

PENYANYI terkenal, Ziana Zain kerja keras demi masa depan anak-anak tercinta.

Menurut Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 51, pendidikan sangat penting untuk masa hadapan mereka.

Justeru itu, penyanyi Madah Berhelah ini sentiasa berpesan kepada empat orang cahaya matanya.

"Saya mahu anak-anak belajar dengan baik. Selalu saya pesan belajarlah rajin-rajin. Ini kerana pendidikan itu sangat penting.

"Pada masa sama, selalu juga saya cakap dengan mereka, kalau nanti saya tak ada siapa yang nak tolong?

"Fasal kerjaya ini saya tak kisah mereka nak pilih profesion apa. Bila dah tahu fokus untuk kerjaya yang dipilih, fokus pada mata pelajaran yang patut diberikan sepenuh tumpuan," katanya tegas kepada Sinar Harian.

Penyanyi, Ziana Zain
Penyanyi, Ziana Zain

Ziana ditemui pada majlis pelancaran aplikasi web Salam Today di Empire Hotel Subang Jaya, Selangor.

Diajukan solan mengenai perbezaan hidup apabila bergelar ibu tunggal? Ziana menjawab ringkas;

"Dari dulu sampai sekarang tak ada beza pun... kehidupan masih sama," akuinya.

Untuk rekod, Ziana pernah mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri, 54, pada Mei 1998 kemudian berpisah pada 12 Julai 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 15 dan pasangan kembar, Muhammad Ariel serta Siti Nur Kaseh, 10.