H1N1 di Ipoh terkawal, kata menteri

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 22 kes baharu disyaki Influenza A (H1N1) dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dilaporkan di sekolah tersebut seramai 102 orang termasuk seorang guru yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak dan batuk, katanya.

Menurutnya, terdapat seorang lagi murid STAR dimasukkan ke hospital swasta ketika ini dan masih menunggu keputusan makmal dan keadaan pelajar itu dilaporkan stabil.

"Seramai 51 pelajar lagi masih diasingkan di asrama sekolah dan pemantauan ke atas mereka diteruskan,” katanya selepas melancarkan Bulan Pemakanan Malaysia di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 kes baru H1N1 dilapor

'Bukan sakit misteri, tapi kes influenza'

Semalam, media melaporkan empat sampel daripada 79 pelajar yang dikesan mengalami kluster demam dan batuk di STAR disahkan positif Influenza A H1N1.

Sebelum ini, tular dalam media sosial berhubung dakwaan wujud ‘penyakit misteri’ yang mengancam pelajar sekolah berkenaan. Dr Dzulkefly berkata, pihaknya turut memberi pendidikan kesihatan termasuk etika batuk serta meneruskan pemantauan ke atas semua warga sekolah.

Artikel Berkaitan:

“Aktiviti disinfeksi persekitaran asrama dilakukan sejak Isnin lalu. ‘Active case detection’ (pengesanan kes secara aktif) diteruskan setiap hari sehingga tamat wabak,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu khuatir kerana keadaan terkawal di bawah pemantauan pihak Jabatan Kesihatan Perak. - Bernama