Isteri Alif Satar hamil lagi

Penyanyi, Alif Satar
Penyanyi, Alif Satar
A
A
A

PENYANYI dan pengacara terkenal, Alif Satar memberitahu isterinya hamil lagi selepas mengalami keguguran pada awal tahun ini.

Reda dengan ketentuan itu, Alif Satar atau Muhammad Alif Mohd Satar, 29, tidak mahu berasa hiba dengan kehilangan tersebut.

"Masa itu kandungan masih awal... baru lapan minggu. Tapi saya tak mahulah terbawa-bawa dengan perasaan sedih," jelasnya ringkas ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi web Salam Today, di Empire Hotel, Subang Jaya, Selangor.

Isteri Alif, Sha Dila Hamid dijangka bersalin pada 10 Oktober 2019.

Ditanya mengenai jantina anak, Alif memberitahu dia tidak kisah sama ada lelaki atau pun perempuan.

Pasangan Alif dan isteri selamat mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu, Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.

Artikel Berkaitan: