'Saya tak tahu, saya tak dengar'

Abdul Aziz ketika sidang media menjawab isu rakaman audio yang tular dikatakan mirip suara beliau di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
Abdul Aziz ketika sidang media menjawab isu rakaman audio yang tular dikatakan mirip suara beliau di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
A
A
A

IPOH - "Saya tak tahu, saya tak dengar pun," itu penjelasan yang dibuat Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengenai tular rakaman audio mirip suaranya.

Beliau berkata, isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengalih isu yang lebih besar seperti Taman Tema Animasi Studio (MAPS).

Katanya, video yang tular itu datang dari sumber tidak rasmi yang boleh dipersoalkan kesahihannya.

"Sekarang ini semua orang boleh dituduh begitu, dengan teknologi sekarang tak mustahil orang lain bercakap macam itu. Kenapa diarah kepada saya sahaja?

Saya seorang sahaja ke yang berpotensi jadi MB itu? Ini dah banyak kali dah.

"Saya mohon pihak UMNO terutama (ADUN) Kota Tampan (Datuk Saarani Mohamad) jangan spin isula... saya rasa banyak lagi isu lain. Elok dia hentilah isu ini," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio yang dikatakan milik suara seorang Exco Kerajaan Perak berbincang dengan individu dengan memperlekeh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya sama ada laporan polis akan dibuat atau tidak, Abdul Aziz berkata, jika sekiranya terdapat elemen jenayah, pihaknya akan membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang dikatakan salah seorang individu dalam rakaman audio itu enggan mengulas mengenai penularan tersebut.