Maritim tahan dua kapal korek pasir haram di Melaka

Dua kapal yang dipercayai digunakan untuk mengorek dan memindah pasir secara tidak sah ditahan pasukan Maritim Malaysia Melaka/Negeri Sembilan (Maritim Malaysia) di kedudukan lebih kurang 5 batu nautika Barat Daya Tanjung Keling, di sini semalam. (Gambar kecil: Pasir yang dipercayai dikorek secara tidak sah.)

A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua kapal yang dipercayai digunakan untuk mengorek dan memindah pasir secara tidak sah ditahan pasukan Maritim Malaysia Melaka/Negeri Sembilan (Maritim Malaysia) di kedudukan kira-kira 5 batu nautika Barat Daya Tanjung Keling di sini, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Amran Daud berkata, penahanan dilakukan ketika rondaan dan risikan selepas menerima maklumat aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir laut yang mencurigakan.

“Kedua-dua kapal iaitu JBB 8 dan CT 8 ditahan jam lebih kurang jam 12 tengah hari selepas pihak terbabit gagal menunjukkan dokumen pengorekan pasir yang lengkap.

"Empat kru kapal di kedua-dua kapal diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sedang mengesan pemilik kedua-dua kapal berkenaan yang berdaftar di Republik Sierra Leone dan siasatan lanjut kes terbabit sedang dilakukan mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

"Kita akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Orang ramai diminta bantu menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam," katanya.

Artikel Berkaitan: