Kes ragut depan sekolah di Miri selesai 24 jam

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Polis berjaya menyelesaikan kes ragut membabitkan seorang wanita di depan sebuah sekolah rendah Selasa lepas dengan penahanan seorang lelaki rakyat tempatan semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, suspek berumur 22 tahun itu ditahan pada 11.14 pagi setelah mangsa yang berumur 42 tahun bekerja sebagai kerani swasta membuat laporan polis setelah diragut suspek pukul 12.02 tengah hari Selasa.

"Ketika kejadian berlaku mangsa sedang menunggang motosikal di hadapan Sekolah Kebangsaan Pujut Corner apabila tiba-tiba seorang lelaki merampas beg galas mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, mangsa cuba mengejar suspek tetapi gagal dan suspek telah melarikan pelbagai barangan milik mangsa antaranya telefon bimbit serta wang tunai dengan jumlah anggaran kerugian RM1,500.

"Mangsa mengecam warna motosikal suspek iaitu warna hitam tanpa nombor pendaftaran, pakaian dipakai oleh suspek semasa kejadian berlaku dan topi keledar merah gelap dipakai suspek semasa kejadian," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: