Kesan bapa hilang 33 tahun lalu

Badrul Hisham mencari bapanya yang dilaporkan hilang sejak 33 tahun lalu. ( Ahmad diklasifikasikan sebagai orang hilang selepas dia gagal ditemui setelah bot dinaiki dipukul ribut di Tanjung Dawai pada 17 Januari 1986)
Badrul Hisham mencari bapanya yang dilaporkan hilang sejak 33 tahun lalu. ( Ahmad diklasifikasikan sebagai orang hilang selepas dia gagal ditemui setelah bot dinaiki dipukul ribut di Tanjung Dawai pada 17 Januari 1986)
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang guru mencari bapanya yang hilang sejak 33 tahun lalu bagi membantu proses permohonan visa kakaknya untuk menunaikan ibadah haji pada Julai ini.

Badrul Hisham Ahmad, 40, berkata, beliau akan menunaikan ibadah tersebut bersama kakaknya, Zuraini, 44 dan kerana bapa mereka sudah hilang dalam tempoh lama, maka surat perakuan kematian perlu dilampirkan bersama permohonan tersebut.

Beliau berkata, bapanya, Ahmad Abdul, 72, sebelum ini dilaporkan hilang di laut selepas bot dinaiki bersama dua lagi rakan nelayan dipukul ribut di Tanjung Dawai, Kedah pada 17 Januari 1986.

Menurutnya, selepas sebulan pencarian dilakukan pada ketika itu, bapanya masih tidak dijumpai dan polis kemudiannya mengklasifikasikan kes sebagai orang hilang.

"Sehingga kini bapa masih belum ditemui dan kita tak tahu sama dia masih hidup atau mati.

"Saya, adik beradik dan arwah ibu, Mariam Ismail ada cari juga sebelum ini tapi memang tak jumpa.... Sehinggalah pihak Tabung Haji maklumkan perlu ada surat kematian ayah sebagai salah satu prosedur permohonan visa, kami cuba mencari lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Katanya, sebelum bapanya dilaporkan hilang, mereka sekeluarga tinggal No 127,Kg Seberang Pekan Yan, Yan, Kedah.

Katanya, dia kini tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, manakala adik-beradik yang lain masih berada di Kedah.

Artikel Berkaitan:

Badrul Hisham berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali bapa dapat menghubunginya di talian, 013-6818099 atau berhubung dengan peguam, Tetuan Azah Mahbob & Nur Ilham, 06-850 2775.

"Kami perlukan maklumat secepat mungkin kerana segala proses dokumentasi termasuk permohonan visa perlu dilengkapkan sebelum Syawal, " katanya.