Naza Kia buka cawangan 3S di Kota Bharu

Cawangan 3S Naza Kia di Kota Baharu, Kelantan kini telah beroperasi.
Cawangan 3S Naza Kia di Kota Baharu, Kelantan kini telah beroperasi.
A
A
A
NAZA Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia dalam negara memperluaskan kehadirannya ke Pantai Timur melalui pembukaan cawangan 3S terkini di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Pusat baharu 3S Kia di Kota Bharu dengan keluasan 3,500 kaki persegi itu mempunyai kapasiti mempamerkan sehingga lima kereta di ruang pameran.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam kenyataannya berkata, pusat 3S itu adalah tambahan terbaharu untuk menyertai rangkaian KIA yang sedang berkembang.

"Pembukaan cawangan 3S yang menyasarkan jualan 18 unit sebulan ini adalah bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap kereta Kia di Pantai Timur.

"Dengan jualan lengkap, perkhidmatan dan kemudahan alat ganti, kami yakin dapat menawarkan penduduk di Kota Bharu perkhidmatan terbaik," katanya.
Artikel Berkaitan:


Tambahnya, selain cawangan di Kota Bharu, Naza Kia juga akan meneruskan rangkaiannya di setiap pasaran utama.

"Tahun ini kami bersedia untuk menyediakan enam cawangan baharu di Lembah Klang, Wilayah Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

"Dengan inisiatif ini, kami berhasrat meningkatkan kualiti kecekapan sekali gus memanfaatkan penghantaran kenderaan bagi perkhidmatan selepas jualan,” katanya.