dahmakan lancar rangkaian hidangan baharu

A
A
A
SYARIKAT penghantaran sajian bertaraf cef, dahmakan memperkenalkan rangkaian hidangan baharu iaitu premium, popular, menu sihat dan promo dengan penghantaran seawal jam 9.15 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama dahmakan, Jonathan Weins dalam kenyataannya berkata, antara hidangan baharu termasuk Vietnamese Beef Noodle, Herbal Chicken Stew, Roast Chicken Breast with Sweet Potato Mash dan Beef Ragu Fettuccine.

"Dengan permintaan yang semakin meningkat dan pengembangan pasukan cef, kami teruja memperkenalkan kepelbagaian menu baharu. Pelanggan boleh membuat pilihan makanan pada waktu berbeza dalam sehari. Bagi mereka yang inginkan hidangan menepati bajet, kami juga menawarkan hidangan promo,” katanya.

Tambahnya, dahmakan juga mengekalkan menu kegemaran popular seperti Nasi Lemak Sambal Strawberry.
Artikel Berkaitan: