Remaja putus kaki motosikal rempuh besi jambatan

Orang ramai membantu mangsa kemalangan di Jalan CY Choy, Georgetown, petang semalam.
Orang ramai membantu mangsa kemalangan di Jalan CY Choy, Georgetown, petang semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang remaja putus kaki kanannya selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan CY Choy di sini, petang semalam.

Mangsa Muhammad Kamil Raja Mydin dan temannya, Siti Nuraishah Mydin Koya, masing-masing 19 tahun ketika itu sedang menunggang motosikal Yamaha Y15 ZR dari arah jalan itu menghala ke Jalan Sungai Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian itu mangsa dipercayai terbabas sendiri ketika melalui Jambatan Besi Jalan Jelutong.

Menurutnya, pemandu motosikal putus kaki sehingga paras lutut manakala pembonceng hanya mengalami luka di kaki kanannya dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Ketika sampai di jambatan tersebut, mangsa dipercayai terbabas sendiri lalu terlanggar besi di tengah jambatan. Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa putus kaki kanannya dari paras lutut.

"Mangsa dibantu orang awam sebelum ambulans tiba," katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, mangsa berasal dari Lebuh Macallum itu telah menjalani pembedahan untuk menyambung semula kakinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: