Bergabung bentuk konsortium

Abdul Fattah bersalaman bersama peserta persidangan di Dwan Tun Razak, semalam.
Abdul Fattah bersalaman bersama peserta persidangan di Dwan Tun Razak, semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan koperasi kecil di negara bergabung membentuk konsortium.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan konsortium itu membolehkan koperasi terbabit merebut peluang dalam pelbagai projek skala besar negara termasuk beberapa projek mega.

Menurutnya, antaranya peluang yang perlu diambil ialah pembinaan laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sudah dimuktamadkan akan disambung semula.

"Gabungan ini bukan sahaja membabitkan keahlian malah perkongsian modal, kepakaran dan pengalaman masing-masing.

"Melalui gabungan yang ada, koperasi dapat meningkatkan keyakinan terutama institusi kewangan bagi mendapatkan pinjaman.

"Ini satu peluang yang tidak boleh dilepaskan berikutan keputusan kerajaan menyambung kembali beberapa projek laluan di beberapa negeri itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Angkasa Pahang Zon Dua di Dewan Tun Razak.

Seramai 300 perwakilan dari daerah Temerloh, Bera, Jerantut dan Maran hadir pada persidangan tersebut.

Sebelum ini, Angkasa menggesa kerajaan membuka peluang kepada kontraktor di bawah koperasi memperoleh kontrak daripada ECRL ketika majlis penyerahan Sudut Laman Angkasa kepada Koperasi Maktar Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdul Razak Berhad, kelmarin.

Artikel Berkaitan: