Bekas presiden Peru disabit rasuah tembak diri sendiri

Garcia
Garcia
A
A
A

LIMA - PERU. Bekas Presiden Peru, Alan Garcia menembak dirinya sendiri, awal pagi tadi ketika polis tiba untuk menahan beliau yang berdepan tuduhan rasuah.

Jurucakap Hospital Casimoro Ulloa di Lima memaklumkan beliau sedang menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru di kepalanya.

Garcia didakwa menerima rasuah daripada syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht, namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.

Susulan itu, pihak berkuasa telah dihantar untuk menahan beliau.

Luis Gonzales Posada yang merupakan pemimpin parti Aprista pimpinan Garcia berkata, keadaan beliau sangat serius.

"Mari kita berdoa agar dia diberi kekuatan untuk sembuh," kata peguamnya, Erasmo Reyna.

Garcia berkhidmat sebagai presiden pada 1985 hingga 1990 dan kemudian menyambung penggal pemerintahannya pada 2006 hingga 2011.

Penyiasat mendakwa beliau menerima suapan daripada Odebrecht ketika penggal kedua perkhidmatannya yang dikaitkan dengan projek pembinaan kereta api bawah tanah di ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Firma itu juga mengaku memberi suapan sebanyak AS$30 juta (RM124 juta) kepada Peru sejak 2004.

Garcia yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan politik menerusi Twitter, kelmarin menegaskan 'tiada petunjuk atau bukti' ke atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya. - BBC