PRK Dun Rantau: Anwar belum beri pandangan

Anwar (empat, kanan) ketika bertemu dengan ketua cabang di negeri ini, baru-baru ini.
Anwar (empat, kanan) ketika bertemu dengan ketua cabang di negeri ini, baru-baru ini.
A
A
A
SEREMBAN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi masih belum memberi pandangannya berhubung calon PRK Dun Rantau.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, Anwar bagaimanapun telah mendengar pandangan daripada semua ketua cabang dalam perjumpaan biasa dengan presiden, baru-baru ini.

“Antara yang dibincangkan ialah berkenaan isu semasa di negeri ini termasuk PRK Dun Rantau.

“Cuma ia tidaklah secara mendalam dan beliau pun belum beri sebarang pandangan berkenaan calon,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, semalam.

Bercakap tentang Ketua PKR Cabang Rembau, S Tanggam yang mendakwa dirinya adalah calon sebenar PKR Dun Rantau pada PRU14, Aminuddin berkata, sesiapa pun boleh menawarkan diri sebagai calon tetapi keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

Katanya, perkara tersebut biasa berlaku di dalam parti.

Bagaimanapun, jelasnya, beliau mengharapkan ia tidak menjadi kekangan untuk parti terus bergerak.

“Itu biasalah akan ada 'arus,ombak dan ribut’.

“Itulah uniknya parti dan pada masa sama kita dengar pandangan dan teguran daripada sesiapa sahaja,” katanya.
Artikel Berkaitan: