Perbicaraan Najib: Nama Jho Low disebut buat kali pertama

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar daripada mahkamah selepas perbicaraan kes yang dihadapinya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar daripada mahkamah selepas perbicaraan kes yang dihadapinya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nama ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low, yang memainkan perana utama dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), disebut pada hari keempat perbicaraan Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Nama Jho Low dibangkitkan buat kali pertama oleh peguambela Harvinderjit Singh semasa pemeriksaan balas ke atas saksi keempat, Ahmad Farhan Sharifuddin dari Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Ahmad Farhan adalah pegawai penyiasat yang mengarahkan serbuan dilakukan di AmBank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Harvinderjit: Adakah anda menemukan apa-apa berhubung Jho Low dan 1MDB?

Ahmad Farhan: Saya tidak ingat.

Harvinderjit: Mengenai Jho Low, anda tidak boleh ingat apa-apa pun mengenainya?

Ahmad Farhan: Ya. (namanya) tidak ditemukan dalam siasatan saya.

Harvinderjit: Adakah Joanna Yu (pengurus hubungan di AmBank) memberitahu anda bahawa dia telah berkomunikasi dengan Jho Low berhubung 1MDB?

Artikel Berkaitan:

Ahmad Farhan: Saya tidak tahu.

Peguam itu baru hendak meneruskan pemeriksaan balas mengenai perkara tersebut apabila Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff bangun untuk membantah atas alasan kerelevanan.

“Saya membantah soalan ini. Perbicaraan ini melibatkan SRC International dan bukan 1MDB. Pihak pembelaan telah melangkaui dalam tindakan,” kata beliau.

Harvinderjit bagaimanapun berkata soalan-soalannya berkaitan 1MDB hanya berkaitan cara dana negara dikendalikan dan terus bertanya kepada saksi itu tentang senarai syarikat.

Terdahulu, Harvinderjit mempersoalkan saksi tersebut sama ada Joanna Yu adalah orang pertama yang ditemuinya di Ambank Jalan Raja Chulan pada pagi 6 Julai 2015, setelah menerima arahan daripada ketuanya, Abd Rahman Abu Bakar dan dia menjawab "Saya tidak ingat".

Semasa prosiding, dimaklumkan bahawa tarikh 6 Julai bukanlah pertemuan pertama mereka.

Harvinderjit: 6 Julai, 2015, adakah kali pertama anda bertemu dengannya? (Joanna)

Ahmad Farhan: Tidak, saya telah bertemu dengan dia sebelumnya

Harvinderjit: Bila kali pertama?

Ahmad Farhan: Sebelum ini, antara Mei atau Jun 2015.

Harvinderjit: Untuk apa?

Ahmad Farhan: Untuk merakamkan pernyataan. Arahan untuk merakamkan pernyataan juga dibuat oleh Abd Rahman.

Harvinderjit: Adakah anda tahu arahan kepada Abdul Rahman datang dari mana?

Ahmad Farhan: Tidak.

Harvinderjit: Adakah anda tahu kepada siapa dia melaporkan?

Ahmad Farhan: Saya tidak tahu.

Semasa prosiding, Harvinderjit juiga menunjukkan petikan dari Asian Wall Street Journal's Billion Dollar Whale yang mendedahkan terdapat komunikasi melalui telefon bimbit antara Jho Low dan Joanna berhubung jumlah wang yang dimasukkan ke dalam Ambank.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. - Bernama