JPJ KL tidak kompromi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur tidak berkompromi terhadap sebarang kes salah laku termasuk rasuah mahupun masalah disiplin melibatkan setiap pegawai dan anggotanya.

Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd Zawawi, berkata, setiap aduan yang diterima membabitkan masalah integriti akan disiasat dan dirujuk ke Lembaga Disiplin agensi penguat kuasa itu bagi menentukan kesahihan setiap kes dilaporkan.

“Kita mempunyai prosedur untuk setiap aduan yang diterima. Lembaga Disiplin akan menjalankan siasatan dan anggota atau pegawai yang tertuduh diberi peluang untuk memberikan penjelasan

“Sekiranya lembaga berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, tuduhan tersebut boleh digugurkan, namun sekiranya jawapan yang diberikan adalah meragukan, individu terbabit berdepan tindakan selanjutnya termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap salah laku anggota dan pegawai akan dipantau dan mereka diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penguat kuasa JPJ antara yang diberkas lindungi sindiket 'lori kebal'

Artikel Berkaitan: