Pintu kaca Hospital Putrajaya masih belum dibaiki

Paparan CCTV memaparkan pintu kaca di Hospital Putrajaya pecah akibat dilanggar seorang lelaki, Isnin lalu.
Paparan CCTV memaparkan pintu kaca di Hospital Putrajaya pecah akibat dilanggar seorang lelaki, Isnin lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pintu kaca lobi Hospital Putrajaya yang pecah Isnin lepas akibat dilanggar seorang lelaki yang melarikan diri selepas cubaannya untuk mencuri motosikal disedari orang awam, masih lagi belum dibaiki.

“Buat masa ini pintu tersebut masih belum dibaiki dan ia mungkin akan mengambil sedikit masa,” kata jurucakap Hospital Putrajaya kepada Bernama.

Dalam satu rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 11 saat berkaitan insiden berkenaan, menunjukkan suspek dilihat berlari kerana dikejar orang awam ke arah lobi utama hospital sebelum melanggar pintu cermin sehingga pecah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan dilaporkan berkata suspek berumur 28 tahun dari Machang, Kelantan yang akhirnya diberkas pada hari yang sama, mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes curi kenderaan, menipu dan merompak.

"Kaca pintu tersebut sebenarnya agak tebal dan mungkin suspek terlanggar dengan kuat sampai pecah cermin dengan sekali hentaman,”kata jurucakap hospital itu, yang turut difahamkan suspek tidak mengalami kecederaan ketika diberkas polis.

Jurucakap hospital itu berkata kejadian curi kenderaan di kawasan terbabit adalah kes terpencil kerana hospital itu dikawal sepanjang masa oleh pihak pengawal keselamatan selain mendapat kerjasama daripada polis bantuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: