Polis tunggu ujian DNA rangka dalam tangki air

Rangka ditemui terapung dalam tangki air milik SAINS di Felda Palong 12 disiar 25 Mac lalu.
Rangka ditemui terapung dalam tangki air milik SAINS di Felda Palong 12 disiar 25 Mac lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) rangka yang ditemui dalam tangki air di Felda Palong 12, Jempol, Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, keputusan itu dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga bulan.

"Kes ini mengambil masa lama kerana hanya cebisan daging dan rangka ditemui di dalam tangki air itu.

"Kita perlu menunggu keputusan DNA terlebih dahulu sebelum pergi kepada siasatan seterusnya," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini polis juga tidak boleh mengesahkan rangka itu ialah Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan rangka ditemui terapung dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 di sini, pada 25 Mac lalu.

Siasatan awal polis mendapati, rangka terbabit milik lelaki berasal dari Desa Keratong, Pahang berdasarkan dompet dan kad pengenalan di dalam seluar dijumpai bersama rangka terbabit.

Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22, penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Raub, Pahang hilang 9 Julai tahun lalu sebelum bapanya membuat laporan keesokan hari.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

https://www.sinarharian.com.my/article/20124/BERITA/Tragedi/Jumpa-mayat-lelaki-dalam-tangki-air

https://www.sinarharian.com.my/article/20186/BERITA/Tragedi/Polis-kenal-pasti-mayat-dalam-tangki-air