Penduduk lega operasi cari Acap ditangguh

Hasron Nazri (tujuh dari kanan) bersama Mohd Fairis (enam dari kanan) bergambar bersama penduduk selepas selesai sesi dialog Ketua Polis Daerah Kampar pada Program 'Polis Masuk Kampung' di Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.
Hasron Nazri (tujuh dari kanan) bersama Mohd Fairis (enam dari kanan) bergambar bersama penduduk selepas selesai sesi dialog Ketua Polis Daerah Kampar pada Program 'Polis Masuk Kampung' di Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.
A
A
A

GOPENG - Penduduk kampung menyambut baik keputusan polis menangguhkan sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang bermula hari ini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, keputusan itu dilihat boleh meredakan suasana kampung dari menjadi tumpuan pelbagai pihak sejak bulan lalu.

"Kami sambut baik penangguhan itu di mana ia boleh meredakan suasana dan penduduk selesa menjalani urusan harian tanpa ada gangguan," katanya ketika ditemui pada Program 'Polis Masuk Kampung' di sini, hari ini.

Menurutnya, ia juga memberi ruang kepada penduduk untuk membantu mengesan mangsa dengan kaedah tersendiri.

"Empat kumpulan terdiri daripada lebih 20 penduduk kampung akan dibentuk untuk mencari Acap selepas semua keadaan reda dan pencarian dijalankan mengikut syariat Islam.

"Pencarian agak mustahil dilakukan apabila ada gangguan dari kumpulan-kumpulan yang mempunyai cara mereka tersendiri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim menasihatkan penduduk untuk memaklumkan pergerakan mereka di Balai Polis Gopeng sebagai salah satu langkah keselamatan.

"Walaupun operasi telah tamat, kita tidak boleh menghalang orang kampung membuat pencarian dalam konteks mereka sendiri namun, mereka perlu memaklumkan di balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Rekod pergerakan itu penting dan kita tidak menerima sebarang makluman daripada orang awam yang terlibat dalam pencarian sebelum ini.

"Bagaimanapun, polis sentiasa bersiap sedia di balai sekiranya diperlukan," katanya.