X

Kindly register in order to view this article
!

PRK Sandakan: Pas Melaka sokong tak letak calon

Kamaruddin Sidek
A
A

MELAKA - Pas Melaka menyokong keputusan yang dibuat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang memutuskan untuk tidak meletakkan calon dalam PRK Parlimen Sandakan, Sabah pada 11 Mei depan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Kamaruddin Sidek berkata, selain menganggap ia atas kapasiti quo, PRK Sandakan adalah kerusi tradisi pertembungan antara DAP, BN dan Bebas.

"Parlimen Sandakan adalah kerusi tradisi perlawanan antara DAP, BN dan Bebas serta ditambah pula keadaan komposisi kaum yang sedia ada.

"Mengikut rekod calon BN pernah menang pada PRU12. Justeru, selayaknya BN dapat meletakkan calon di situ untuk memperkukuhkan pembangkang.

Insy-ALLAH Pas akan membantu menjayakan misi tersebut," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Kenyataan itu menyebut mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada 15 April lalu membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam PRK Parlimen tersebut.

Pas juga akan memberikan sokongan kepada wakil pembangkang yang akan meletakkan calon bagi menentang calon PH.

Selaras dengan itu, Pas Sandakan dan Pas Sabah akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat bagi membantu calon pembangkang dalam menghadapi PRK ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!