Paip air utama patah dihempap pokok tumbang

 Skuad Pantas MDKL menerima laporan bencana pokok tumbang pada jam 1 pagi sebelum bergerak ke lokasi.
Skuad Pantas MDKL menerima laporan bencana pokok tumbang pada jam 1 pagi sebelum bergerak ke lokasi.
A
A
A

BANTING - Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan sebatang paip air utama di Taman Delima patah dihempap pokok tumbang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, insiden pokok tumbang turut menyebabkan beberapa laluan jalan terhalang.

Penyelaras Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Miskon Karim berkata, pihaknya menerima laporan bencana tersebut pada jam 1 pagi sebelum pasukannya bergerak ke lokasi.

Paip air utama yang patah dihempap pokok tumbang awal pagi tadi
Paip air utama yang patah dihempap pokok tumbang awal pagi tadi

Menurutnya, kawasan terlibat termasuk di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banting, Taman Langat Jaya, Jalan Sultan Alam Shah, Taman Baiduri, Taman Delima dan di Jalan Serdang Belah, Sungai Buaya.

“Hasil pemeriksaan dapati sebatang paip utama di Taman Delima patah akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang.

"Kakitangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sudah jalankan kerja-kerja pembaikan bagi memastikan bekalan air segera dipulihkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi mengalihkan pokok tumbang berakhir pada jam 5.30 pagi tadi.

Anggota Skuad Pantas MDKL mengalihkan pokok tumbang di sekitar Banting awal pagi tadi.
Anggota Skuad Pantas MDKL mengalihkan pokok tumbang di sekitar Banting awal pagi tadi.