Putin bekas perisik polis rahsia?

Putin berusia 33 tahun ketika beliau menerima kad identiti Stasi tersebut.
Putin berusia 33 tahun ketika beliau menerima kad identiti Stasi tersebut.
A
A
A
DRESDEN - JERMAN. Kad identiti digunakan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika beliau menjadi perisik Soviet di bekas Jerman Timur telah ditemui dalam arkib polis rahsia Stasi atau agen Kementerian Keselamatan Negara Jerman Timur (MfS) di Dresden.

Difahamkan, penemuan kad identiti Stasi tersebut dibuat ketika penyelidikan terhadap kerjasama rapat antara perkhidmatan risikan KGB dan Stasi.

Agensi Rekod Stasi (BStU) dalam satu kenyataan berkata, Putin, 66, menerima kad pengenalan tersebut bagi membolehkan beliau menjalankan tugas KGB dengan kerjasama Stasi yang melakukan pengawasan terhadap orang awam.

"Kajian terkini tidak menunjukkan Putin bekerja untuk MfS," jelas BStU.

Pada 2017, Putin dengan bangga mendedahkan beliau pernah menjadi agen KGB di Dresden pada 1980-an.
Artikel Berkaitan:


Selepas kembali ke Rusia, pemimpin terbabit menjadi ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), pengganti utama KGB sebelum beliau dilantik presiden pada tahun 2000. - BBC