Rangkaian Botaneco untuk rambut dan kulit lebih sihat

A
A

BELUM ketemui penyelesaian yang tepat untuk masalah rambut atau kulit? Botaneco Garden sedia membantu anda!

Botaneco Garden mempunyai 57 produk penjagaan diri yang terdiri daripada syampu, perapi, serum rambut, minyak rambut, rawatan rambut, buih mandian, skrub badan, body butter, krim badan, losen badan, krim tangan serta rangkaian produk bayi.

Produk kecantikan yang holistik ini diinspirasikan daripada kebaikan alam semula jadi dan diperbuat daripada adunan ramuan botanical yang inovatif dan sofistikated serta minyak yang disahkan eco.

Semua produk Botaneco Garden diuji dan terbukti dari segi dermatologi, formulasinya dipastikan supaya bebas daripada bahan-bahan kimia spesifik yang berbahaya demi menawarkan penyelesaian kecantikan yang berasaskan daripada alam semula jadi.

Antara bahan ramuan utama dalam rangkaian produk Botaneco Garden ialah aloe vera, minyak argan, minyak zaitun, biji chia organik, madu dan chamomile organik.

Penyelesaian Botaneco Garden sesuai untuk semua orang kecuali mereka yang mempunyai alahan dan memerlukan produk preskripsi khusus.

“Sebab itulah kenapa kami yakin untuk menyatakan bahawa Botaneco Garden dapat menyelesaikan masalah anda,” kata Pengurus Jenama, Jenama Kesihatan dan Kecantikan Sendiri, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Michelle Yeap.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia