Nabila Huda risaukan Nadia Aqilah di New Zealand

A
A

"SAYA risau," ringkas coretan pelakon terkenal Nabila Huda kepada kawan baiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nadia Aqilah, di Twitter.

Pada Khamis lalu, Astro Awani melaporkan Tsunami mega bakal landa New Zealand, bencana lebih dahsyat yang pernah berlaku di Jepun.

Difahamkan, jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.

Tidak lama selepas itu, Nadia tampil membalas Twit pelakon filem Munafik tersebut.

"Akan dielakkan daripada pergi ke pantai timur okay.

"Insya-ALLAH saya pulang ke tanah air OK," jawabnya dengan simbol love.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Nadia memaklumkan dia bersama suami yang kini sedang bercuti sempena ulang tahun perkahwinan pertama, berada dalam keadaan selamat dan berjaga-jaga.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia